Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Nama, model syarikat penerbangan milik Kerajaan Sarawak sudah dipilih – Abang Johari

BySteward Dawi

KUCHING, 11 April: Nama dan model syarikat penerbangan yang bakal dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Sarawak sudah diputuskan dan akan diumumkan kelak, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Premier Sarawak itu berkata, syarikat penerbangan itu dijangka akan memulakan operasi pada 2025.

Nama, model syarikat masih rahsia – Abang Jo | TVS

“Saya tidak boleh mendedahkan perkara ini sehingga tiba pengumuman rasmi.

“Secara prinsip kita sudah ada perkembangan di antara Kerajaan Sarawak, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM), Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Malaysia Aviation Group Bhd (MAG) yang mempunyai Firefly dan MASwings,” katanya.

Abang Johari berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada hari kedua Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri anjurannya di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini hari ini.

Mengenai perkara yang masih perlu diselesaikan Abang Johari menjelaskan perbincangan melibatkan aspek teknikal yang dijangka akan mencapai kata putus pada Ogos atau hujung tahun ini.

Sebelum ini, Kerajaan Sarawak dijangka memuktamadkan proses akhir pengambilalihan syarikat penerbangan MASwings Sdn Bhd (MASwings) pada hujung tahun ini.

Abang Johari berkata, usaha itu secara tidak langsung dapat meringankan beban rakyat Sarawak, terutama ketika musim perayaan.-TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan