Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
"Menerusi perbualan telefon tersebut, kami senada mahu meneroka ruang untuk memperhebat hubungan Malaysia-Pakistan, terutamanya dalam bidang perdagangan dan pelaburan," kata Anwar. Foto Anwar Ibrahim (FB).

Malaysia, Pakistan setuju perhebat hubungan perdagangan, pelaburan – PM Anwar

ByBernama

KUALA LUMPUR, 11 April: Malaysia dan Pakistan bersetuju untuk meneroka ruang memperhebat hubungan kedua-dua negara, terutamanya dalam bidang perdagangan dan pelaburan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata perkara itu dinyatakan oleh rakan sejawatannya dari Pakistan, Shehbaz Sharif yang menghubungi beliau menerusi panggilan telefon malam tadi.

“Menerusi perbualan telefon tersebut, kami senada mahu meneroka ruang untuk memperhebat hubungan Malaysia-Pakistan, terutamanya dalam bidang perdagangan dan pelaburan.

“Mendoakan semoga hubungan Malaysia dan Pakistan akan terus berkembang demi manfaat bersama, insya-Allah,” katanya menerusi hantaran yang dimuat naik ke akaun Facebook rasmi Perdana Menteri hari ini.

Anwar berkata beliau juga menyambut baik cadangan Shehbaz untuk mengeskport daging halal dari negara itu ke Malaysia.

Selain itu, Anwar berkata turut dibincangkan dalam perbualan telefon tersebut adalah pelbagai isu serantau dan antarabangsa, termasuk situasi di Gaza dan Afghanistan.

“PM (Perdana Menteri) Shehbaz juga memuji pendirian Malaysia terkait permasalahan di Palestin,” katanya.

Menurut beliau lagi, kedua-dua mereka juga menzahirkan harapan agar hubungan antara Malaysia dan Pakistan terus diperkukuh, dan Shehbaz mengulangi undangan untuk Anwar mengadakan lawatan rasmi ke Pakistan secepat mungkin.

Kedua-dua pemimpin itu juga berbalas ucapan Hari Raya Aidilfitri yang disambut oleh umat Islam di kebanyakan negara termasuk Malaysia semalam. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan