Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lelaki Israel Avitan Shalom yang ditahan memiliki enam pucuk pistol dan 200 butir peluru di sebuah hotel di sini bulan lepas, akan didakwa atas pertuduhan senjata api di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi ini.

Lelaki Israel miliki enam pistol didakwa esok

ByBernama

KUALA LUMPUR, 11 April: Lelaki Israel yang ditangkap memiliki enam pucuk pistol dan 200 butir peluru di sebuah hotel di sini bulan lepas akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.

“Ya, dia akan didakwa esok pagi,” katanya menerusi aplikasi WhatsApp kepada Bernama hari ini.

Warga Israel berusia 36 tahun itu ditahan di sebuah hotel di Jalan Ampang di sini pada 27 Mac lepas. Dia dipercayai memasuki negara ini dari Emiriah Arab Bersatu pada 12 Mac, menggunakan pasport Perancis.

Polis akan ambil tindakan terhadap beberapa individu berkaitan kes warga Israel

Hasil siasatan awal, suspek yang turut memegang pasport Israel itu mendakwa dia datang ke Malaysia bagi memburu dan membunuh seorang lagi rakyat Israel susulan perbalahan keluarga.

Pada 8 April lepas, sepasang suami isteri rakyat tempatan yang disyaki membekalkan senjata api kepada warga Israel berkenaan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Klang atas dakwaan kesalahan berkaitan senjata api. -TVS

Polis akan ambil tindakan terhadap beberapa individu berkaitan kes warga Israel

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan