Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kegembiraan meraikan Aidilfitri berakhir tragedi apabila dua pengawal keselamatan maut selepas motosikal ditunggangi mereka terlibat dalam kemalangan di Kilometer 57, Jalan Central Spine Road (CSR) menghala ke Kuala Lipis petang Rabu. Foto hiasan, Envato.

Dua rakan maut selepas pulang cuti Aidilfitri

ByBernama

KUANTAN, 11 April: Kegembiraan meraikan Aidilfitri berakhir tragedi apabila dua pengawal keselamatan maut selepas motosikal ditunggangi mereka terlibat dalam kemalangan di Kilometer 57, Jalan Central Spine Road (CSR) menghala ke Kuala Lipis petang Rabu.

Ketua Polis Daerah Lipis Supritendan Ismail Man berkata kejadian berlaku kira-kira 5.30 petang ketika mangsa, Mohd Mazuan Mat Zin, 44, bersama rakannya, Kisnawita Saad, 46, dalam perjalanan pulang ke Sungai Buloh, Selangor selepas bercuti hari raya Aidilfitri di Kelantan.

“Siasatan mendapati motosikal tersebut dipercayai hilang kawalan dan melanggar tembok simen pembahagi jalan sehingga menyebabkan kedua-dua mangsa tercampak.

“Mangsa lelaki iaitu penunggang motosikal, Mohd Mazuan dan pembonceng wanita, Kisnawita meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan.

Ismail  berkata kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan