Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bekas juara Kejohanan Badminton All England Lee Zii Jia mara ke separuh akhir Malaysia Masters 2024 selepas tiga tahun dengan menyingkirkan kawannya Anders Antonsen dari Denmark, hari ini. Foto fail AFP.

Zii Jia lepasi pusingan pertama BAC 2024

ByBernama

KUALA LUMPUR, 10 April: Jaguh perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia melepasi halangan di pusingan pertama Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2024 di Ningbo, China hari ini.

Juara BAC 2022 itu bermula dengan langkah kanan apabila mudah menewaskan wakil India Priyanshu Rajawat 21-9, 21-13 untuk mara ke pusingan kedua kejohanan berlangsung di Ningbo Olympic Sports Center Gymnasium.

Pemain profesional negara selaku pilihan kelapan kejohanan itu dijadual berdepan Chou Tien Chen dari Taiwan yang mendapat laluan mudah apabila wakil tuan rumah Weng Hong Yang menarik diri selepas tewas 16-21 di set pertama.

Pertemuan kali kesembilan dengan pemain di ranking ke-15 dunia itu menyaksikan Zii Jia hanya menang tiga daripada lapan pertembungan terdahulu.

Zii Jia pernah muncul juara BAC 2022 yang berlangsung di Manila, Filipina menewaskan Jonatan Christie dari Indonesia 21-17, 23-21 di pentas final.

Sementara itu beregu wanita profesional negara Vivian Hoo-Lim Chiew Sien pula terpaksa pulang awal apabila ditewaskan gandingan Korea Selatan Jeong Na Eun-Kim Hye Jeong 11-21 dan 10-21. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan