Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gambar yang dikeluarkan oleh Houses of The Oireachtas Ireland semalam menunjukkan Michael D. Higgins bersalaman dengan Perdana Menteri baharu Simon Harris (kanan) selepas menandatangani Waran Pelantikan dan Meterai Jawatan di Dublin. Foto, AFP.

Simon Harris dipilih Perdana Menteri baharu Ireland

ByBernama

DUBLIN, 10 April: Ahli Parlimen Ireland pada Selasa mengundi menyokong pencalonan pemimpin Parti Fine Gael, Simon Harris sebagai Perdana Menteri baharu negara itu berbanding 69 ahli menentang, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Harris, 37, akan pergi ke kediaman rasmi Presiden Ireland Michael D. Higgins, yang pelantikannya sebagai perdana menteri termuda di negara itu akan disahkan.

Presiden akan menandatangani Waran Pelantikan dan menyerahkan Mohor Taoiseach dan Mohor Kerajaan kepada Harris pada satu majlis di Aras an Uachtarain di Phoenix Park, Dublin.

Bapa kepada dua anak itu akan menjadi perdana menteri Ireland ke-15 selepas peletakan jawatan mengejut Leo Varadkar sebagai pemimpin Fine Gael tiga minggu lepas.

Varadkar secara rasmi meletak jawatan pada pertemuan dengan Higgins petang Isnin, membuka jalan untuk pemilihan Harris pada Selasa. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan