Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ini merupakan kali pertama Tun Wan Junaidi menganjurkan rumah terbuka di Astana Negeri Sarawak selepas dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak kelapan pada Januari lepas. Foto Faitullah Morni (TVS).

Ribuan rakyat meriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Tun Wan Junaidi

ByDouglas Elliot

KUCHING, 10 April: Hujan gerimis pada pagi Syawal tidak menghalang ribuan pengunjung hadir rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitiri anjuran Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar hari ini.

Majlis yang bermula pukul 9 pagi tadi dihadiri oleh tetamu pelbagai lapisan yang ingin melihat secara dekat Tun Junaidi dan isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi.

Ini merupakan kali pertama Tun Wan Junaidi menganjurkan rumah terbuka di Astana Negeri Sarawak selepas dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak kelapan pada Januari lepas.

Sambutan dimeriahkan dengan kehadiran Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang.

Turut hadir, kesemua Timbalan Premier Sarawak iaitu Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Tiong King Sing merupakan antara menteri Kerajaan Persekutuan yang hadir. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan