Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Medan Niaga Satok yang menjual pelbagai barangan basah serta kelengkapan lain diserbu orang ramai menjelang Aidilfitri. Foto, Alex Teo (TVS).

Medan Niaga Satok jadi tumpuan menjelang Aidilfitri

ByFebbright James

KUCHING, 9 April: Menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri, umat Islam di sekitar bandar raya ini yang sibuk membuat persiapan menyerbu beberapa pasar basah untuk mendapatkan barangan keperluan.

Tinjauan TVS mendapati antara yang menjadi tumpuan ialah Medan Niaga Satok.

Sejak awal pagi pasar berkenaan yang juga tempat tumpuan pelancong mendapatkan produk sinonim dengan Sarawak seperti ikan terubok masin dan kek lapis tidak putus – putus dikunjungi orang ramai.

Seorang pengunjung yang hanya mahu dikenali sebagai Anisa dari Samariang berkata, dia memilih pasar ini kerana banyak pilihan bahan segar yang dijual pada harga berpatutan.

“Saya membeli beberapa jenis sayur – sayuran dan kuih – muih di sini,” kata suri rumah itu kepada TVS.

Perniaga daun ketupat antara yang tidak menang tangan melayan pelanggan di Medan Niaga Satok ketika tinjauan TVS di sini hari ini. Foto Alex Teo (TVS).

Seorang lagi pengunjung, Arman pula berkata, sejak beberapa tahun lalu Medan Niaga Satok menjadi pilihannya untuk mendapatkan daging dan ayam yang akan dimasak sebagai hidangan utama pada pagi 1 Syawal.

Hasil laut yang segar seperti udang juga boleh didapati di Medan Niaga Satok. Foto Alex Teo (TVS).

Sementara itu, seorang peniaga, Haslan Mohamad berkata, kehadiran pengunjung sejak beberapa hari lalu sangat memberansangkan.

Dia yang sudah 20 tahun berniaga ayam di situ berkata, jualannya juga meningkat dengan ketara.

“Sambutan luar biasa kerana sejak Sabtu lepas, pelanggan tidak putus-putus datang ke sini.

“Setakat ini bekalan ayam mencukupi namun harga sedikit mahal tetapi masih terjual,” katanya.

Dalam pada itu, beberapa peniaga daun ketupat yang disapa TVS turut berpuas hati dengan jualan mereka.

Ada yang berkongsi mereka berjaya menjual lebih 1,000 ketupat sejak Jumaat lepas. -TVS.

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan