Selamat lemau! Mana berita?
Cigu! Nadai Bisi Utai? mengisahkan kisah seorang guru yang mencari jalan hidupnya di sebuah bandar kecil di Sarawak.
Dirakam di daerah yang indah di Sebuyau, berikut adalah 5 lokasi penggambaran teratas yang anda patut lawati!

1. Kampung Sebuyau
Kampung nelayan ini mengumpul dan menangkap produk laut dan sungai seperti Ikan Terubuk Ulu Sarawak yang terkenal dan Ikan Panjang!
Produk pertanian seperti kelapa juga dijumpai di sini.
Sewaktu melawat, anda akan disambut penduduk tempatan mesra dan menikmati gaya hidup yang santai.

2. Air Terjun Kampung Lunying
Terokai salah satu air terjun yang belum ditemui di Sarawak!
Air terjun ini yang asli boleh ditemui dengan berjalan/trekking melalui hutan.

3. Kampung Tebelu
Datanglah melawat salah satu kampung nelayan yang terkenal di Sarawak!
Pengeluar ikan kecil seperti ikan bulu ayam dan terkenal dengan udang.
Jangan lupa membawa pulang udang kering dan ikan bulu ayam masin (ikan gonjeng) semasa anda melawat!

4. Bukit Ruai
Terletak di bandar Sebuyau, anda boleh mendaki Bukit Ruai menggunakan tangga konkrit melalui Kampung Masjid.
Menawarkan pemandangan bandar Sebuyau, muara Sungai Sebuyau ke Laut China Selatan dan Sungai Batang Lupar yang jeles.
Ambillah cabaran Bukit Ruai, pemandangannya akan berbaloi dengan pendakian!

5. Rumah Panjang Lunying dan Kelait
Datanglah melihat kehidupan seharian orang Iban Sebuyau!
Anda boleh mengunjungi rumah panjang di Kampung Lunying atau rumah panjang lama di Kampung Kelait.
Cigu! Nadai Bisi Utai? dapat peluang untuk merakam di setiap lokasi yang menakjubkan ini.
Perhatikan lokasi-lokasi tersebut di skrin setiap Selasa pukul 9.30 malam, dengan ulangan pada hari Khamis (12.30 petang) dan Jumaat (1.15 petang).
Hanya di TVS di Saluran 122 di MYTV, Unifi TV dan Astro!
Atau tonton secara langsung di tvsarawak.my atau di aplikasi MYTV Mana-Mana, Unifi TV dan Astro Go!
Tonton episod pertama di sini: