SARIKEI, 9 April : Sumbangan sebanyak 5,800 kuih raya diagihkan kepada kesemua isi rumah di sini sempena Aidilfitri.
Ahli Parlimen Tanjong Manis, Ir Yusuf Abd Wahab berkata pengagihan sumbangan berkenaan meliputi zon Sarikei dan Tanjung Manis termasuk Kuala Rajang serta Semop.
Menurutnya, inisiatif sumbangan itu merupakan sebahagian ‘tanda ingatan’ kepada rakyat selain menceriakan lagi sambutan Hari Raya kali ini.
“Sumbangan diserahkan secara berperingkat sebelum diagihkan oleh Ketua Kaum di kawasan masing-masing sejak beberapa hari lalu.
“Semoga pemberian yang dihulurkan dapat menceriakan lagi suasana hari raya yang bakal menjelang tiba, ” katanya kepada pemberita hari ini.
Dalam pada itu, Yusuf juga mengingatkan mereka yang pulang ke kampung agar sentiasa berwaspada dan mengutamakan keselamatan.
Malah katanya, sikap positif masyarakat ketika berada di atas jalan raya mampu membantu usaha kerajaan dalam mengurangkan kadar kemalangan.
“Jumlah kemalangan membabitkan pengguna jalan raya boleh dikurangkan jika setiap pemandu mengamalkan amalan berhemah dan mematuhi peraturan yang ditetapkan.
“Keselamatan jalan raya adalah tanggungjawab bersama,” katanya yang turut menyerahkan kuih raya di kawasan Zon Tanjung dan Pulau Bruit. -TVS