Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah. Foto TVS.

PSB bubar, manifestasi sokongan terhadap pimpinan Abang Johari – Abdul Karim

BySalasiah Safian

KUCHING, 8 April: Pembubaran Parti Sarawak Bersatu (PSB) yang menyaksikan bekas ahlinya menyertai Parti Demokratik Progresif (PDP) perlu dilihat sebagai manifestasi sokongan terhadap pimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

PSB bubar manifestasi sokongan terhadap pucuk pimpinan Abang Jo.

Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, perkara itu harus diterima dengan tangan terbuka kerana akhirnya sokongan tersebut tetap menjurus kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS).

“Saya melihatnya sebagai satu hikmah serta perkara yang bagus.

“Kalau cara pimpinan (Abang Johari)  tidak baik, mengapa pembangkang sanggup bubarkan parti mereka untuk sertai parti dalam kerajaan,” katanya ketika diminta mengulas penyertaan bekas ahli PSB ke PDP.

Dalam pada itu, Abdul Karim berkata, beliau berpandangan bahawa perkembangan itu bukanlah semata-mata kerana pilihan raya.

“Pada pilihan raya negeri yang lepas, PSB memberi tentangan hebat kepada GPS (malah kerusi yang dimenangi mereka lebih banyak berbanding parti yang sudah lama didaftar seperti) DAP.

“DAP hanya menang dua (kerusi Dewan Undangan Negeri di Sarawak) dan mereka (PSB) menang empat,” tambahnya.

PSB sah dibubarkan pada malam kelmarin dengan bekas presidennya, Datuk Seri Wong Soon Koh dilantik sebagai Naib Presiden Kanan PDP. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan