Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gambar hiasan. Foto Envato

Empat ditahan bergaduh di Kasino, saki baki terlibat diburu polis

ByBernama

KUANTAN, 8 April: Empat lelaki tempatan ditahan disyaki terlibat dalam pergaduhan melibatkan dua kumpulan di sebuah kasino di Genting Highlands pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, pihaknya menerima maklumat pergaduhan melibatkan lebih kurang 10 lelaki warga tempatan berusia 23 hingga 50 tahun kira-kira 4 pagi.

“Hasil siasatan awal, pihak polis mendapati punca kejadian pergaduhan adalah salah faham antara mereka yang berada dalam kasino tersebut.

“Keempat-empat suspek ditahan reman selama dua hari bermula 7 hingga 8 April bagi membantu siasatan. Kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, kesemua yang ditahan telah dihantar ke Hospital Bentong bagi mendapatkan rawatan kerana mengalami kecederaan di beberapa anggota badan berpunca daripada pergaduhan itu.

Pihak polis juga sedang mengesan saki-baki mereka yang terlibat menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian, katanya. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan