Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pereka tempatan dan pencinta busana Melayu di Narathiwat, Muhammad Sabri Jehloh, 48, menunjukkan baju Melayu hasil rekaannya dengan jenama BUSTANI yang dipasarkan di selatan Thailand sempena Aidilfitri mendapat sambutan ramai generasi muda. Foto Bernama

Aidilfitri: Baju Melayu semakin popular di selatan Thailand

ByBernama

PATTANI, 8 April: Dalam kesibukan menyediakan kelengkapan menjelang hari lebaran, masyarakat Islam di selatan Thailand khususnya golongan muda tetap tidak lupa dengan pilihan fesyen pakaian tradisional.

Selain jubah dan kurta, baju Melayu pelbagai warna kini semakin mendapat sambutan di sini, termasuk yang dihasilkan pereka tempatan.

Melihat trend ini, seorang pereka tempatan dan pencinta busana Melayu di Narathiwat, Muhammad Sabri Jehloh, 48, mendapat ilham untuk menghasilkan jenama sendiri iaitu “BUSTANI” untuk memenuhi permintaan anak muda tempatan sempena sambutan Aidilfitri ini.

“Bustani dari Pattani untuk Pattani. Ia adalah kebanggaan orang Pattani dan merupakan satu jenama eksklusif dan setanding dengan jenama-jenama lain di pasaran,” kata Muhammad Sabri kepada Bernama baru-baru ini.

Beliau berkata, bustani dalam bahasa Arab bermaksud “kebun” dan dalam konotasi rekaan baju Melayunya, membawa maksud sebuah tempat berteduh dan berhimpun untuk masyarakat Pattani.

“Inspirasi pertama untuk kita buat baju Melayu sendiri ialah kita tengok tiap-tiap tahun di Pattani pada raya ketiga, terdapatnya perhimpunan yang dihadiri antara 10,000 hingga 15,000 pemuda-pemudi yang menggayakan baju Melayu.

Jadi saya tengok di situ kenapakah kita tidak mengambil peluang untuk mendapatkan hasil dari situ,” katanya.

Sabri berkata, 10 peratus daripada untung jualan akan disumbangkan kepada Tabung Palestin dan 20 peratus lagi akan digunakan untuk mewujudkan bengkel kemahiran jahitan khas untuk ibu tunggal di kawasan ini.

Sementara itu, seorang peniaga pakaian tradisional Melayu dan tanjak di sini, Ku Abdullah bin Ku Rambli, 32, berkata, beliau kini sedang mendalami pengetahuan mengenai busana Melayu dari Malaysia.

“Kita orang Melayu kena jaga asas Melayu termasuk pakaian tradisional masyarakat Melayu. Terdapat minat yang amat meluas terhadap tanjak dalam dua tahun kebelakangan ini sehingga pembuat tanjak tidak sempat siapkan tempahan,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan