Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sarawak mahu menjadi rumah berprestij bagi kejohanan tinju peringkat dunia. Foto, TVS.

150 petinju sertai Kejohanan Tinju Dunia (WBC) 2024 Sarawak

ByKimberly Dickson

KUCHING, 8 April: Seramai 150 petinju akan menyertai Kejohanan Tinju Dunia (WBC) yang bakal berlangsung di Stadium Perpaduan Petra Jaya pada 6 hingga 7 Mei 2024 depan.

Presiden Persatuan Tinju Negeri Sarawak (SABA), Datuk Rahman Lariwoo berkata, kejohanan itu menyaksikan penyertaan 12 negara antaranya Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK), Brazil, Itali, Thailand, Jepun, India dan Australia.

Sarawak sasar raih enam emas tinju SUKMA 2024

Sementara itu bagi Kejohanan Terbuka Sarawak pula Rahman berkata, antara yang mengesahkan penyertaan termasuklah petinju dari Sri Lanka, Singapura dan Indonesia.

“Idea untuk menganjurkan kejohanan ini susulan jelajah saya ke beberapa negara yang telah memberi pendedahan berharga.

“Selain itu kita juga menerima sokongan pelbagai pihak termasuk Kerajaan Sarawak bagi menjadikan Sarawak (sebagai penganjur sukan unggul) di mata dunia,” katanya pada sidang media WBC 2024 di sini hari ini.

Berkenaan Terbuka Sarawak, Rahman menjelaskan tiga kategori dipertandingkan iaitu elit bagi petinju berumur 22 hingga 41 tahun dan peringkat umur Sukan Malaysia (SUKMA) iaitu 17 hingga 21 tahun membabitkan kategori lelaki dan wanita.

“Kita juga mempertandingkan kategori bakat dan belia untuk peserta berumur 13 hingga 16 tahun bagi kategori lelaki untuk peserta Sarawak sahaja,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan