Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Rakyat Malaysia diseru untuk menyertai gerakan ungkapan Maaf Zahir dan Batin’ atau tanda pagar MZB365 anjuran CSO - Media. Foto hiasan, Envato.

Ungkapan Maaf Zahir Batin 365 #MZB365 lawan kebencian menular di Malaysia

ByAkma Salleh

KUCHING, 7 April: Rakyat Malaysia diseru untuk menyertai gerakan ungkapan Maaf Zahir dan Batin atau tanda pagar MZB365 anjuran CSO – Media.

Menerusi kenyataan media, CSO-Media berkata, #MZB365 ini bukan sahaja diterapkan oleh Islam bahkan semua agama di Malaysia menyeru perkara sama.

“(Oleh itu) kami berharap agar rakyat Malaysia untuk melawan ungkapan kebencian dan provokasi agama dengan rahmah setiap hari.

“Amalan memohon dan memberi kemaafan diajar dalam Islam serta sistem nilai agama Budha, Kristian, Hindu, Sikh, Taoisme dan komuniti Orang Asli, Bumiputera di Sabah dan Sarawak serta Semenanjung Malaysia,” jelas kenyataan berkenaan.

CSO – Media yang terdiri daripada 18 pertubuhan masyarakat sivil dan media turut berharap agar rakyat Malaysia dapat menjadikan amalan memohon dan memberikan kemaafaan sepanjang tahun sebagai kelaziman dan bukan hanya ketika kepada Raya Aidil Fitri sahaja.

“(Jadikan ungkapan berkenaan bermula pada) awal Muharam hingga ke akhir Zulhijjah, dari 1 Januari sampai ke 31 Disember, sepanjang 365 hari setahun,” tambah kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu, amalan memohon dan memberi maaf menjadi semakin penting kerana terdapat individu-individu dan puak-puak yang setiap hari mencari peluang serta alasan untuk memecahkan masyarakat demi kepentingan politik, perniagaan dan peribadi.

“Rakyat Malaysia berupaya menghadapi keadaan mencabar dengan kekuatan. Apabila pandemik COVID-19 melanda, kita ada #KitaJagaKita. Kini kebencian merebak, mari kita lancarkan #MZB365, sertai dan jayakanlah pergerakan ini,” akhiri kenyataan itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan