Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hadir Majlis Berbuka Puasa anjuran SDEC dan CENTEXS di Raia Convention Centre hari ini.Foto TVS.

Premier Sarawak hadiri Majlis Berbuka Puasa SDEC, CENTEXS

ByAkma Salleh

KUCHING, 7 April: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menghadiri Majlis Berbuka Puasa anjuran bersama Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC) dan Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (CENTEXS) di Raia Convention Centre hari ini.

Ketibaan Abang Johari dan isteri Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif CENTEXS, Dato Syeed Mohd Hussein Wan Abdul Rahman, Pengerusi SDEC, Tan Sri Mohamad Morshidi Abdul Ghani dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC) Sudarnoto Osman.

Turut hadir, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi.

Pada majlis sama turut berlangsung penyampaian sumbangan duit raya kepada 35 orang anak-anak Pusat Jagaan Nur Murni serta penyampaian cek bernilai RM8,000 sumbangan SDEC dan CENTEXS kepada pusat jagaan tersebut.

Usai penyerahan sumbangan, Abang Johari seterusnya menunaikan solat Isyak dan terawih bersama dif-dif kenamaan di sini sebelum mengakhiri majlis dengan jamuan moreh. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan