Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kerja-kerja pembinaan Jambatan Batang Lassa menghubungkan Pulau Bruit dengan pekan Daro melalui rangkaian jalan pesisir dijangka dapat disiapkan pada Disember ini. Foto, Facebook ADUN Daro, Safiee Ahmad.

Jambatan Batang Lassa siap Disember ini

ByBernama

SIBU, 7 April: Kerja-kerja pembinaan Jambatan Batang Lassa menghubungkan Pulau Bruit dengan pekan Daro melalui rangkaian jalan pesisir dijangka dapat disiapkan pada Disember ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Daro Safiee Ahmad berkata setakat 25 Mac lepas, projek Kerajaan Sarawak itu sudah mencapai tahap 91.36 peratus siap.

Beliau berkata Jambatan Batang Lassa merupakan antara tiga projek jambatan dibina kerajaan negeri di kawasan pesisir iaitu Jambatan Batang Paloh dalam kawasan DUN Semop dan Jambatan Batang Igan dalam kawasan DUN Jemoreng.

“Insya-Allah sambutan Aidilfitri pada 2025, rakyat tidak perlu lagi menggunakan feri di Muara Batang Lassa seperti sekarang,” katanya kepada Bernama ketika ditanya perkembangan terkini projek pembinaan jambatan berkenaan.

Projek pembinaan Jambatan Batang Lassa menyeberangi Batang Lassa sepanjang 2.43 kilometer merupakan jambatan terpanjang menyeberangi sungai di Sarawak melibatkan kos RM597.58 juta dan telah dirasmikan pembinaannya pada 2019.

Sementara itu, Safiee berkata menjelang Aidilfitri ini, perkhidmatan feri ditambah daripada dua kepada tiga feri manakala waktu operasi juga dilanjutkan dari 4 pagi hingga 12 tengah malam bagi menampung jumlah peningkatan kenderaan.

Beliau berkata dengan penambahan feri dan waktu beroperasi, masa menunggu giliran kenderaan memasuki feri menjadi singkat lebih kurang 30 minit sahaja. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan