Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Masyarakat Islam perlu berwaspada dan menolak apa sahaja ajaran yang menyeleweng atau ajaran sesat yang mampu mempengaruhi pemikiran dan tingkah laku serta membawa perpecahan dalam masyarakat. Foto hiasan, Envato.

Hindari fahaman khawarij, takfiri, apa jua ajaran menyeleweng – Mufti Pahang

ByBernama

KUANTAN, 7 April: Masyarakat Islam perlu berwaspada dan menolak ajaran sesat seperti fahaman Khawarij, Takfiri dan apa sahaja ajaran yang menyeleweng.

Mufti Pahang Prof Datuk Dr Asmadi Mohamed Naim berkata ajaran-ajaran ini jika tidak dibendung boleh mempengaruhi pemikiran serta tingkah laku selain membawa perpecahan dalam kalangan masyarakat.

“Jabatan Mufti negeri Pahang menjunjung titah Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah yang mengingatkan umat Islam di negeri ini agar menghindari apa juga bentuk ajaran menyeleweng atau sesat dengan berpegang teguh kepada akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah,” katanya dalam kenyataan.

Sebelum ini, Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dilapor berkata kerajaan negeri sentiasa melaksanakan pemantauan dari semasa ke semasa untuk mengesan sebarang bentuk ajaran mencurigakan atau sesat bagi memastikan isu ini dapat ditangani dengan baik.

Asmadi dalam pada itu berkata pihaknya akan sentiasa bekerjasama dengan semua pihak dan memantau sebarang bentuk ajaran atau fahaman yang mencurigakan agar dapat dibendung dan ditangani dengan sebaik-baiknya demi kesucian akidah umat Islam di negeri ini.

“Jabatan Mufti negeri Pahang menyeru agar masyarakat tidak membiarkan diri mereka terperangkap dalam jaringan ajaran sesat.

“Semoga kita teguh bersama-sama melindungi diri kita, keluarga dan masyarakat daripada sebarang bentuk ancaman ajaran atau fahaman yang menyeleweng atau sesat,” katanya.

Beliau turut menasihatkan kesemua umat Islam merujuk kepada ahli-ahli agama bertauliah sekiranya terdapat kekeliruan serta ajaran yang bercanggah dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan