Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gambar fail menunjukkan kemusnahan akibat gempa bumi di Taiwan pada 3 April lalu. Hari ini negara berkenaan digegarkan dengan satu lagi kejadian serupa. Foto AFP.

Gempa bumi bermagnitud 5.4 landa Timur Taiwan

ByBernama

TAIPEI, 7 April: Satu gempa bumi dengan magnitud 5.4 melanda perairan Daerah Hualien di Timur Taiwan, menurut Pentadbiran Cuaca Pusat (CWA) seperti dilaporkan Central News Agency (CNA).

Tiada laporan mengenai kerosakan atau kecederaan diterima setakat ini.

Pusat gempa kali ini dikesan di Lautan Pasifik, 40.2 kilometer (km) timur- timur laut Dewan Daerah Hualien, pada kedalaman 16.9 km, menurut CWA.
Kekuatan gempa bumi itu yang mengukur kesan sebenar peristiwa seismik adalah tertinggi di Daerah Hualien dan Yilan yang berukuran 4 pada skala kekuatan 7 tahap Taiwan. Ia juga amat dirasai di Taipei dan New Taipei.

Secara keseluruhan data CWA menunjukkan pada Ahad pukul 7.22 malam, berlaku 710 gegar penghujung sejak 3 April, lapor CNA. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan