Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ng Eain Yow (depan) menewaskan pemain ranking kesembilan dunia, Joel Makin untuk ke final Terbuka Jerman 2024. Foto fail, AFP.

Eain Yow singkirkan pilihan utama untuk ke final Terbuka Jerman

ByBernama

KUALA LUMPUR, 7 April: Pemain skuasy lelaki negara, Ng Eain Yow melangkah ke pentas akhir Terbuka Jerman 2024 selepas menumbangkan pilihan utama kejohanan Joel Makin dari Wales dalam aksi mendebarkan selama 73 minit pada perlawanan separuh akhir di Hamburg, Jerman awal pagi tadi waktu Malaysia.

Turun sebagai pilihan keempat kejohanan Eain Yow bermula baik apabila meraih kemenangan pada set pertama serta kedua, 13-11 dan 11-8.

PM Anwar ucap tahniah kepada Sivasangari rangkul juara Kejohanan Skuasy Klasik London

Namun Makin yang berada di ranking kesembilan dunia bangkit dengan 11-6 di set ketiga sebelum Eain Yow menoktahkan kemenangan dengan 11-8 pada set penentuan.

Eain Yow berkata menjaga emosi sebaiknya ialah kunci kemenangan untuk menewaskan Makin, namun mengakui perjuangannya belum berakhir apabila beliau akan menentang Dimitri Steinmann dari Switzerland pada final hari ini.

PM Anwar ucap tahniah kepada Sivasangari rangkul juara Kejohanan Skuasy Klasik London

“Saya tak boleh terlalu teruja, pada awal set ketiga saya buat silap dan beliau ‘menghukum saya’. Saya rasa beliau juga sedang bertahan dengan kecederaan hari ini.

“Tahapnya mungkin bukan 100 peratus, tetapi permainan berlangsung 73 minit, menunjukkan beliau memang pemain yang hebat,” katanya menerusi kenyataan Persatuan Skuasy Profesional (PSA) hari ini.

Terdahulu Steinmann menewaskan Mohamed Elsherbini dari Mesir 11-8, 11-4 dan 11-1 dalam satu lagi perlawanan separuh akhir.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan