Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis menahan dua lelaki kerana menjual pelbagai mercun dan bunga api tanpa permit sah dianggar bernilai RM1,730 di Bazar Ramadan Dataran Kemahkotaan, Machang, Sabtu lepas. Foto TVS

Dua lelaki ditahan jual mercun, bunga api tanpa permit

ByBernama

KOTA BHARU, 7 April: Polis menahan dua lelaki kerana menjual pelbagai mercun dan bunga api tanpa permit sah dianggar bernilai RM1,730 di Bazar Ramadan Dataran Kemahkotaan, Machang, Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Machang Supt Ahmad Shafiki Hussin berkata kedua-duanya yang berusia 18 dan 51 tahun ditahan semasa anggota polis melakukan pemeriksaan terhadap gerai mereka.

Beliau berkata mereka kini direman hingga Selasa ini untuk siasatan lanjut.

“Polis meminta orang ramai mengelak daripada terlibat dalam sebarang kegiatan penjualan mercun dan bunga api tanpa permit yang sah,” katanya dalam kenyataan hari ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan