Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pusat beli-belah serta pasar raya di bandar raya ini menjadi tumpuan orang ramai bagi mendapatkan barangan keperluan mereka menjelang sambutan Aidilfitri. Foto Faitullah Morni (TVS)

Pusat bandar Kuching sesak menjelang Aidilfitri

ByBernama

KUCHING, 6 April: Pusat beli-belah serta pasar raya di bandar raya ini menjadi tumpuan orang ramai bagi mendapatkan barangan keperluan mereka menjelang sambutan Aidilfitri.

Tinjauan Bernama di sekitar bandar raya Kuching mendapati, keadaan sesak dengan kenderaan memenuhi jalan utama apabila orang ramai sibuk membeli barangan keperluan asas seperti makanan, pakaian serta barangan perhiasan rumah.

Selain itu, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching juga sesak sejak beberapa hari kebelakangan ini, apabila anak-anak Sarawak di perantauan pulang ke kampung halaman bagi menyambut perayaan tersebut.

Beki Nukang, 59, yang merupakan peniaga buluh di Medan Niaga Satok, di sini, berkata permintaan terhadap produk jualannya juga meningkat sejak beberapa hari lalu, sehingga mencecah kira-kira 1,000 batang dalam satu hari.

Beliau yang mempunyai kebun tanaman buluh di Kampung Jagoi Duyoh, Bau, menjual buluh pelbagai saiz berharga dari RM1 hingga RM5 sebatang.

“Pembeli biasanya menggunakan buluh tersebut untuk memasak ayam pansuh, lemang dan masakan lain. Permintaan memang tinggi lebih-lebih lagi beberapa hari sebelum Aidilfitri sehingga penuh van saya.

“Kita boleh lihat perbezaan, semasa jualan pada hari biasa saya hanya dapat jual sekitar 10 batang satu hari…tetapi pada waktu ini, seorang pelanggan boleh membeli sehingga 100 batang,” katanya ketika ditemui Bernama.

Sementara itu, Penolong Pegawai Perubatan di Hospital Umum Sarawak Nur Farlina Abdullah, 39, berkata Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri sebanyak RM500 yang diterimanya semalam, dapat membantu membiayai keperluan bagi menyambut perayaan tersebut.

Beliau berkata selain membeli makanan, bantuan tersebut turut digunakan beliau untuk membeli barangan keperluan lima anaknya seperti baju melayu dan baju kurung.

Pada 1 April, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Kerajaan bersetuju menyalurkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri sebanyak RM500 kepada penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak yang dibayar semalam.

Turut mendapat bantuan khas itu adalah pesara kerajaan, termasuk veteran berpencen dan tidak berpencen sebanyak RM250. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan