Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang Datuk Lo Khere Chiang merasmikan Program Jualan Rahmah DUN Batu Kitang. Foto TVS

Program Jualan Rahmah (PJR) ringankan beban warga Batu Kitang menjelang Aidilfitri

KUCHING, 6 April: Program Jualan Rahmah (PJR) memberi peluang kepada golongan B40 untuk membeli barangan keperluan asas menjelang Aidilfitri ini pada harga yang berpatutan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang Datuk Lo Khere Chiang menyifatkan program tersebut turut memudahkan penduduk setempat mendapatkan bekalan barangan keperluan asas tanpa perlu pergi jauh serta mengeluarkan kos pengangkutan yang tinggi.

“Golongan B40 ini ada segelintirnya tidak memiliki kereta serta akan menggunakan perkhidmatan ‘Grab’ sebagai cara untuk bergerak ke satu-satu lokasi bagi mendapatkan barangan keperluan.

“Walaupun barangan keperluan yang hendak dibeli itu tidak semahal mana namun apabila ditambah dengan kos pengangkutan menggunakan perkhidmatan ‘Grab’ ia kan jadi mahal dan membebankan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Program Jualan Rahmah DUN Batu Kitang di sini hari ini.

Menurut Lo selain lokasi program yang hampir dengan masyarakat di sini program itu juga menawarkan harga barangan keperluan asas sehingga 30 peratus lebih rendah berbanding pasaran.

Justeru itu, Lo memberitahu pihaknya sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk melaksanakan lebih banyak program tersebut di kasawan Batu Kitang.

Pada masa sama, kawasan DUN Batu Kitang menurutnya mempunyai dewan-dewan yang bersesuaian untuk melaksanakan program jualan tersebut bagi manfaat penduduk di sini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan