Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang pelajar tingkatan empat maut apabila motosikal ditunggangnya terbabas dan merempuh pokok di Kilometer 8, Jalan Lawas Trusan, malam tadi.

Pelajar maut motosikal ditunggang terbabas rempuh pokok

LAWAS, 5 April: Seorang pelajar tingkatan empat maut apabila motosikal ditunggangnya terbabas dan merempuh pokok di Kilometer 8, Jalan Lawas Trusan, malam tadi.

Dalam kejadian 9.40 malam itu, Mohammad Nur Fadzlie Awang Metali, 16, dari Kampung Pangi Lawas, meninggal dunia di lokasi dan disahkan pegawai perubatan dari Hospital Lawas.

Ketua Polis Daerah Lawas DSP Liong Tindan berkata sebelum kejadian, mangsa bersama tiga orang rakannya yang lain menggunakan motosikal masing-masing dari arah Pekan Lawas menuju ke arah Trusan.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian apabila mangsa melalui jalan tidak rata di atas jalan lalu terbabas ke bahu jalan sebelah kanan dan melanggar sebatang pokok.

“Mangsa cedera parah di bahagian kepala dan dada akibat kemalangan itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan