Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyaksikan penyerahan zakat daripada Rodziah Mohamad kepada Datu Abang Mohd Shibli Abang Mohd Nailie di Wisma Bapa Malaysia, Kuching, hari ini. Foto Jabatan Penerangan

Lembaga Air Kuching serah zakat RM212,500 kepada Tabung Baitulmal Sarawak

BySteward Dawi

KUCHING, 5 April: Lembaga Air Kuching (KWB) hari ini menyerahkan zakat berjumlah RM212,500 kepada Tabung Baitulmal Sarawak.

Zakat itu diserahkan Pengurus Besar KWB, Rodziah Mohamad kepada Pengurus Besar Tabung Baitulmal Sarawak Datu Abang Mohd Shibli Abang Mohd Nailie.

Ia disaksikan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

KWB dalam kenyataan memaklumkan bahawa ini adalah pembayaran zakat perniagaan pertamanya selepas mengambil kira zakat sebanyak 2.57 peratus bagi Tahun Kewangan berakhir 31 Disember 2023.

“Ini adalah kali pertama KWB mengisytiharkan pembayaran zakat berdasarkan prestasi dan kedudukan kewangan Lembaga bagi tahun 2023,” kata kenyataan itu.

Hadir sama, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Abdul Rahman Junaidi dan Pengerusi KWB Dato Sri Dr Wan Lizozman Wan Omar – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan