Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak Dato Sri Fatimah Abdullah dan Aktivis Kanak-kanak Dato Dr. Hartini Zainudin melakukan kunjungan hormat di Baitulmakmur 2 di Kuching pada Jumaat. Foto TVS

Inisiatif Sarawak jaga hak, kebajikan kanak-kanak dicontohi – Aktivis

KUCHING, 5 April: Inisitif Sarawak memelihara hak dan kebajikan kanak-kanak wajar dicontohi, kata aktivis kanak-kanak Dato Dr. Hartini Zainudin.

Sehubungan itu, pihaknya berhasrat bekerjasama bersama Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak untuk melaksanakan program melibatkan hak asasi kanak-kanak.

Hartini berkata demikian selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak Dato Sri Fatimah Abdullah di sini, pada Jumaat.

Menurut Hartini, kunjungan hormat berkenaan telah memberi mendedahan kepada pihaknya mengatasi isu kanak-kanak terdampar dan terpinggir seperti program yang dilaksanakan di Sarawak.

“Tujuan saya datang hari ini untuk jumpa menteri ialah untuk tengok bagaimana kami boleh berkerjasama untuk hak asasi kanak-kanak dan tengok bagaimana kami boleh teroka program yang mungkin dapat dilaksanakan bersama.

“Ia juga untuk melihat dan mempelajari daripada menteri bagaimana dia buat program-program dengan kanak-kanak yang terdampar dan terpinggir jadi banyak perkara yang dilakukan menteri saya turut tertarik untuk melaksanakannya bersama rakan-rakan saya dan NGO atau agensi,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui media selepas melakukan kunjungan hormat di Baitulmakmur 2 di Kuching hari ini.

Sementara itu Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak Dato Sri Fatimah Abdullah menyambut baik kesungguhan Hartini dalam memelihara hak asasi kanak-kanak.

Tambahnya pihaknya akan melihat dari aspek masa yang sesuai untuk mewujudkan kerjasama dalam memberikan yang terbaik kepada kebajikan kanak-kanak.

“Kami juga merasa gembira menerima kunjungan hormat sebab kerja yang amat baik yang dilakukan beliau yang sungguh-sungguh peka terhadap isu kanak-kanak dan ia sesuatu perkara sama yang kita juga beri perhatian.

“Jadi kunjungan hormat hari ini lebih kepada kita menerokai, kita bincang bagaimana kita boleh berkerjasama dan insyaallah kita akan lihat ya di mana kita boleh berkerjasama dalam memberikan yang terbaik kepada kebajikan kanak-kanak,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan