Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah bersama Datuk Rubiah Wang dan Dato Peter Minos menunjukkan poster Festival Makanan dan Kebudayaan Samarahan. Foto TVS

Festival Makanan dan Kebudayaan Samarahan saji 70 ulam, bakal masuk Malaysian Book of Records

KUCHING, 5 April: Festival Makanan dan Kebudayaan Samarahan bakal menempa nama dalam Malaysian Book of Records dengan menyajikan 70 jenis ulam yang ada di Sarawak.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata festival di Aiman Mall bermula 10 hingga 19 Mei itu juga adalah platform terbaik dalam memperkenalkan jenis ulam dan makanan tradisi lain.

“Perkara ini belum pernah dilakukan, kita minat ulam tapi kita tidak tahu berapa banyak ulam yang ada dan mereka akan memperkenalkannya sekali gus masuk ke Buku Rekod Malaysia,” katanya semasa sesi sidang media di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang dan Pengerusi Majlis Perbandaran Kota Samarahan Dato Peter Minos.

Sebanyak 83 gerai yang menjual makanan dan minuman akan menjadi tarikan para pengunjung.

Kali terakhir penganjuran festival seumpama itu adalah pada 10 hingga16 Disember 2022 dan berjaya menarik seramai 98, 819 pengunjung.

Hasil daripada penganjuran tersebut, para peniaga berjaya mengutip keuntungan lebih RM125,000 secara keseluruhan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan