Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gambar menunjukkan pendengaran respons Suruhanjaya Pilihan Raya Umum terhadap pertikaian keputusan pilihan raya di Mahkamah Perlembagaan di Jakarta pada 28 Mac. Foto AFP

Empat menteri hadir di mahkamah beri keterangan pertikaian Pemilihan Umum

ByBernama

JAKARTA, 5 April: Empat menteri Kabinet Indonesia hadir di Mahkamah Konstitusi pada Jumaat bagi memberi keterangan dalam perbicaraan kes Pertikaian Hasil Pemilihan Umum (PHPU) Presiden dan Naib Presiden 2024.

Empat menteri berkenaan adalah Menteri Kewangan Sri Mulyani Indrawati, Menteri Koordinator Pembangunan Manusia dan Kebudayaan Muhadjir Effendy, Menteri Koordinator Bidang Ekonomi Airlangga Hartarto dan Menteri Sosial Tri Rismaharini.

“Agenda persidangan mahkamah pagi ini adalah untuk mendengar keterangan daripada empat kementerian tadi.

“Masing-masing dipersilakan memberi keterangan lebih kurang 20-25 minit sebelum para hakim bertanyakan soalan,” kata Ketua Mahkamah Konstitusi Hakim Suhartoyo.

Perbicaraan kes PHPU bermula 27 Mac dan mahkamah dijangka membacakan keputusan pada 22 April.

Di awal perbicaraan, dua pasangan calon yang kalah dan barisan peguam masing-masing di hadapan panel hakim mendakwa proses pemilihan, yang dimenangi Prabowo Subianto dan Gibran Rakabuming Raka, dicemari pelanggaran dan penipuan.

Mahkamah diminta membatalkan keputusan, mengarahkan pengundian dijalankan semula dan langkah diambil untuk mencegah penyalahgunaan sumber negara dan bantuan sosial bagi memihak kepada mana-mana calon.

Pasukan undang-undang Prabowo-Gibran menolak semua dakwaan yang dianggap tidak berasas kerana berdasarkan andaian serta kekurangan bukti.

Prabowo-Gibran memperolehi 58.6 peratus atau 96,214,691 undi daripada 164,227,475 undi di Pemilihan Presiden dan Naib Presiden.

Pada 28 Mac, pasangan calon presiden dan naib presiden yang kalah, Anies Baswedan-Muhaimin Iskandar dan Ganjar Pranowo-Mahfud MD memohon agar mahkamah memanggil beberapa menteri.

Hakim Suhartoyo dan tujuh lagi hakim yang mendengar perbicaraan menolak permohonan itu pada Isnin, namun mesyuarat panel hakim pada Selasa memutuskan para menteri perlu hadir untuk memberi keterangan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan