BELAGA, 3 April; Seorang anak dikhuatiri hilang ketika pergi ke kebun bersama ibunya berhampiran Simpang Sepakau Sungai Asap di sini, kelmarin.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 8.10 pagi tadi daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Belaga dengan menggerakkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Belaga ke lokasi kejadian.
“Dalam kejadian ini mangsa seorang wanita dikenali Christa Paya Peter, 29. Dia keluar ke kebun bersama ibunya kira-kira jam 4.30 petang Isnin.
“Ibunya kemudian menyuruh mangsa mengambil sabit kelapa yang tertinggal di rumah, namun mangsa tidak datang balik ke kebun dan tidak balik ke rumah sehingga laporan polis dibuat jam 3.40 petang semalam.
Sementara itu, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) BBP Belaga diketuai Pegawai Operasi PBK Lawrence Linggi Patrick memulakan operasi pencarian pagi tadi di kawasan kejadian.
Turut serta dalam operasi SAR itu ialah pihak polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan pihak RELA.
Christa semasa keluar rumah memakai baju lengan pendek berwarna hitam dan seluar pendek hitam.-TVS