Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Rosey Yunus mengabadikan kenangan bersama penerima sumbangan Sejambak Kasih Hari Raya Aidilfitri 2024 di Bekenu. Foto TVS

Sumbangan Sejambak Kasih Hari Raya Aidilfitri 2024: 278 penerima di Bekenu

BEKENU, 3 April: Seramai 100 penerima di sini sumbangan Program Sejambak Kasih Hari Raya Aidilfitri 2024 hari ini sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang menjelang tiba.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK), Datuk Rosey Yunus berkata sumbangan berkenaan merangkumi keseluruhan peruntukan berjumlah RM27,800 untuk diagihkan kepada 278 penerima di kawasan Bekenu, di sini.

“Di Bekenu pada pagi ini, seramai 100 orang akan menerima bantuan berjumlah RM100 setiap seorang, manakala kita akan mengkreditkan terus RM100 ke akaun 178 penerima sumbangan yang tidak dapat hadir bersama-sama kita pada pagi ini,” katanya pada majlis hari ini.

Menurut Rosey, program hari ini dijayakan dengan usahasama kementeriannya bersama-sama rakan strategik seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak Bahagian Miri dan Majlis Daerah Subis sebagai inisiatif untuk menyalurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.

Program tersebut katanya merupakan sebahagian daripada program capaian komuniti yang menyeluruh dengan objektif membantu golongan kurang berkemampuan, warga emas serrta orang kurang upaya (OKU) sempena sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri kelak.

Rosey menambah, sejak Januari hingga Mac, Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Miri telah menyalurkan perbelanjaan berjumlah RM628,950 kepada 496 orang penerima bantuan bulanan di kawasan Bekenu.

Hadir sama Pegawai Daerah Subis, Norlila Ulis dan Pegawai Kebajikan Masyarakat Bahagian Miri, Viviana Engkiong. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan