Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sekurang-kurangnya 25 orang maut apabila kebakaran meletus di sebuah kelab malam di Istanbul yang menjalani pengubahsuaian, lapor dpa memetik laporan agensi berita Turkiye Anadolu. Foto AFP

Sekurang-kurangnya 25 orang maut dalam kebakaran di kelab malam Istanbul

ByBernama

ISTANBUL, 3 April: Sekurang-kurangnya 25 orang maut apabila kebakaran meletus di sebuah kelab malam di Istanbul yang menjalani pengubahsuaian, lapor dpa memetik laporan agensi berita Turkiye Anadolu.

Bilangan yang cedera di bangunan 16 tingkat di daerah BeÅŸiktaÅŸ, di sebelah Eropah bandar itu, masih belum diketahui.

Anadolu melaporkan pejabat gabenor Istanbul berkata kebakaran berlaku sekitar tengah hari Selasa di tingkat bawah bangunan itu, di mana kelab malam terletak.

Punca sebenar masih tidak jelas, tetapi kebakaran mungkin bermula semasa pengubahsuaian bangunan yang sedang dijalankan, menurut pejabat itu.

Lima orang telah ditahan, penyiar CNN Türk melaporkan tanpa memberikan butiran lanjut. Pejabat pendakwa raya telah melancarkan siasatan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan