Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Game show terbaharu TVS, Riang Ria Raya bakal bersiaran di TVS pada Hari Raya Kedua. Foto TVS

Saksikan Riang Ria Raya, ‘game show’ terbaharu TVS sempena Hari Raya Aidilfitri 2024

ByTVS

KUCHING, 3 April: Program ‘game show’ terbaharu TVS, Riang Ria Raya akan menyerikan Aidilfitri kali ini bakal bersiaran pada Hari Raya Kedua nanti jam 8.45 malam.

Program 75 minit itu bakal menampilkan personaliti-personaliti TVS yang terdiri daripada hos, penyampai berita dan penyanyi seperti Fattah Bolh, Ghazali Zawawi, Cheryl Toh, Khairil Zharif, Bong Yi Sien, Bryan Liew, Alia Tenor, Orden Syam dan Siti Zawawi.

Dalam pada itu, penerbit Riang Ria Raya, Fattah Bolh menjanjikan program itu menawarkan pengalaman yang menyeronokkan untuk semua lapisan masyarakat.

“Sama ada cabaran yang menarik, atau elemen interaktif yang membuat penonton berdebar-debar, anda pasti tidak akan kering gusi dengan telatah barisan personaliti TVS yang mencuit hati dan pastinya bakal menghiburkan hari raya anda nanti,” katanya.

Beliau juga mengharapkan ⁠penonton akan bergembira dan memberikan sokongan yang positif terhadap program tersebut.

“Saya berharap penonton akan terhibur dengan celoteh peserta-peserta supaya TVS boleh menghasilkan lebih banyak lagi program hiburan serupa setaraf dengan program nasional dan antarabangsa,” katanya.

Pada masa sama, Fattah mendedahkan sebagai inisiatif mempromosikan program berkenaan, satu peraduan di Instagram TVS Entertainment turut dilancarkan.

“Penonton hanya perlu meneka satu personaliti TVS yang akan muncul dalam game show itu,” tambahnya.

Fattah memberitahu, hadiah peraduan tersebut berupa baucar tajaan Kek Lapis Mama Su bernilai RM50 seorang.

Kepada penonton yang ingin menyertai peraduan berkenaan kunjungi Instagram TVS Entertainment untuk mendapatkan terma dan syarat seperti yang tertera di poster.

Peraduan Instagram kini berlangsung sehingga 4 April 2024. Foto TVS

Terma dan syarat penuh peraduan: Siapa Tu? Riang Ria Raya Gameshow- Instagram Contest

Riang Ria Raya Gameshow akan ditayangkan di TVS pada Hari Raya kedua,  jam 8:45 malam. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan