Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama Ruzaiman Ghazalee dan delegasi SUHA pada sesi kunjungan hormat di Wisma Bapa Malaysia, Kuching, hari ini. Foto UKAS

Pertubuhan Agensi Umrah dan Haji Sarawak syor penerbangan terus Kuching-Jeddah

BySalasiah Safian

KUCHING, 3 April: Urusan para jemaah haji akan lebih mudah sekiranya ada penerbangan terus Kuching-Jeddah.

Pengerusi Pertubuhan Agensi Umrah dan Haji Sarawak (SUHA) Ruzaiman Ghazalee berkata perkara tersebut bukan sahaja sejajar dengan hasrat pihaknya tetapi juga semua bakal jemaah haji di sini.

“Kita berharap satu hari dalam masa yang terdekat perkara ini akan diatasi dengan segera supaya memudahkan jemaah Islam di Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia di sini, hari ini.

Sementara itu, menyentuh berkenaan kuota haji, beliau berharap agar Sarawak dapat ditambah.

Kuota Malaysia bagi musim haji tahun ini adalah 31,600 jemaah. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan