Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gambar yang diambil Agensi Berita Pusat Taiwan pada 3 April menunjukkan sebuah bangunan yang rosak di Hualien, selepas gempa bumi besar melanda timur Taiwan. Foto AFP

Beberapa negara keluar amaran tsunami susulan gempa bumi Taiwan

ByBernama

KUALA LUMPUR, 3 April: Gempa bumi kuat dengan magnitud 7.2 mengejutkan Taiwan pada Rabu, menyebabkan beberapa negara mengeluarkan amaran tsunami dan menasihatkan orang ramai supaya menjauhi kawasan pantai.

Pentadbiran Cuaca Pusat (CWA) Taiwan melaporkan gempa bumi melanda di luar pantai Daerah Hualien di timur Taiwan pada 7.58 pagi pada Rabu, menurut Agensi Berita Pusat (CNA).

Pusat gempa terletak di Lautan Pasifik, 25.0 kilometer (km) selatan-tenggara Dewan Daerah Hualien, pada kedalaman 15.5km, menurut Pusat Seismologi pentadbiran.

Agensi berita Kyodo melaporkan Agensi Meteorologi Jepun merekodkan tsunami kecil yang melanda pulau-pulau Yonaguni, Ishigaki dan Miyako di Wilayah Okinawa.

Agensi itu pada mulanya meramalkan tsunami sehingga 3 meter tetapi kemudian menurunkan amaran itu, menurut laporan.

Laporan Kyodo juga menyatakan bahawa Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida berkata Tokyo akan “segera menawarkan sokongan” kepada Taiwan jika permintaan dikemukakan.

Sementara itu, Filipina mengeluarkan nasihat pemindahan bagi kawasan pantai utara Luzon selepas gempa bumi mencetuskan amaran tsunami, menurut agensi berita Xinhua.

Institut Gunung Berapi dan Seismologi Filipina memberi amaran mengenai gelombang tsunami “tinggi” antara 8.33 pagi dan 10.33 pagi waktu tempatan, dengan kemungkinan berterusan selama berjam-jam.

Penduduk di kawasan pantai di wilayah Batanes, Cagayan, Ilocos Norte dan Isabela dinasihatkan untuk berpindah segera ke tanah yang lebih tinggi atau lebih jauh di pedalaman.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan pada Rabu berkata gempa bumi itu tidak memberi ancaman tsunami kepada negara.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan