KUCHING, 3 Mac: Angkatan Zaman Mansang Sarawak (AZAM) menyambut baik cadangan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berhubung evolusiĀ terhadap pelaksanaan projek mereka.
Menurut pengerusinya, Datu William Patrick Nyingor, pihaknya optimis cadangan Abang Johari bakal memberi impak positif kepada AZAM pada masa depan.
āKita telah memberi maklum kepada Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari mengenai aktiviti dan juga arah tuju AZAM dan kita telah menerima impak dan juga cadangan-cadangan yang bernas daripada Premier dan kita akan menukar arah, langkah, cara AZAM bergerak. Dari segi pelaksanaan projek-projek dan fungsi AZAM pada masa depan,ā katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia, di sini, hari ini.
Jelasnya, AZAM merupakan sebuah agensi atau Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang berfungsi sebagai ejen penerangan bagi menyebarkan maklumat mengenai pembangunan yang berlaku di Sarawak.
āYang menyebarkan dan melibatkan komuniti-komuniti dalam aras pembangunan dan perancangan pembangunan Negeri Sarawak. Jadi kita telah melaksanakannya melalui sosial media dan sebagainya.
āSetiap langkah yang diambil, kita akan melibatkan komuniti tersebut bukan hanya dari segi komunikasi, tetapi juga penglibatan mereka,ā katanya. – TVS