Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kenderaan 4x4 ketika ini belum dimasukkan dalam senarai penerima subsidi diesel bersasar, Dewan Negara dimaklumkan hari ini. Foto hiasan, Envato.

Apa nasib pemilik kenderaan 4X4 di pedalaman Sarawak ‘jika’ subsidi diesel ditarik?

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 3 April: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengesahkan setakat ini kenderaan pacuan empat roda (4X4) tidak disenaraikan untuk menerima subsidi diesel bersasar seperti yang akan dilaksanakan oleh kerajaan.

Timbalan Menterinya, Fuziah Salleh berkata, projek rintis yang sedang dilakukan hanya menyenaraikan sembilan kategori (untuk menerima subsidi).

Namun jelas beliau keputusan itu masih belum muktamad.

“Ya betul kita baharu sahaja jalankan projek rintis.

“Subsidi masih ada, tidak ditarik lagi, ada sembilan kategori kita kenal pasti (untuk terima subsidi bersasar dan) betul 4×4 (kenderaan) belum dimasukkan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Senator Abun Sui Anyit mengenai aduan oleh pemilik kenderaan 4×4 di pedalaman Sarawak yang bimbing mereka tidak akan menerima subsidi diesel ekoran kerajaan dijangka akan melaksanakan subsidi bersasar.

Abun Sui berkata, pemilik kenderaan 4X4 di pedalaman Sarawak bukanlah golongan kaya kerana terpaksa membeli kenderaan jenis berkenaan berikutan ketiadaan akses jalan raya yang baik di kawasan masing – masing.

Mengulas lanjut, Fuziah berkata, pihaknya sudah menerima aduan berhubung perkara itu.

“Sekiranya perlu (kerajaan akan memasukkan pemilik 4X4 di pedalaman Sarawak) dan ketika ini sesi libat urus masih berterusan,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan