KUCHING, 3 April: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang akan mengadakan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Premier Sarawak hari ini, rumah terbuka tersebut akan diadakan pada Aidilfitri pertama dan kedua.
Orang ramai boleh berkunjung mulai 10.30 pagi hingga 3 petang pada Hari Raya pertama manakala 10 pagi hingga 2 petang pada Hari Raya kedua.
Sehubungan itu, orang ramai dijemput hadir untuk memeriahkan suasana sambutan Hari Raya Aidilfitri. – TVS