Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) Dato Sri Fatimah Abdullah bercakap ketika menghadiri sesi sidang media Bank’s Social Funding Campaign and Future Collaboration with Alliance Islamic Bank di Bilik Mesyuarat Melut, tingkat 8 Baitul Makmur 2, Kuching pada Selasa. Foto TVS

Tiada garis panduan membenarkan ibu tampil ke hadapan selepas tinggalkan bayi – Fatimah

KUCHING, 2 April: Ibu kepada bayi yang ditinggal dalam ‘baby hatch, tidak perlu tampil ke hadapan selepas meletakkan bayinya dalam tempat berkenaan.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK), Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, ketika ini tidak terdapat garis panduan membenarkan ibu kepada bayi berkenaan untuk tampil ke hadapan selepas meninggalkan bayi dalam ‘baby hatch’.

Bagaimanapun, tindakan menjejak semula ibu berkenaan dirasakan perlu kerana mahu membantu memudahkan urusan pendaftaran melibatkan kewarganegaraan di bawah perkara 15A agar bayi yang ditinggalkan boleh mendapat status kewarganegaraan.

“Kita di JKM sebagai pelindung, kita perlu daftar bayi ini kerana setiap bayi yang lahir harus dilaportkan ke Jabatan Pendaftaran Negara.

“Tarikh pendaftaran bayi berkenaan tidak mengikut masa dilahirkan tetapi sebaliknya tarikh bayi tersebut dijumpai dan kita gunakan nama universal untuk bayi tersebut kerana kita tidak mengetahui identiti, nama dan kumpulan etnik.

“Kemudian diruang maklumat ibu bapa kita letak tiada maklumat manakala untuk bahagian warganegara masih belum ditentukan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Bank’s Social Funding Campaign and Future Collaboration with Alliance Islamic Bank di Bilik Mesyuarat Melut, tingkat 8 Baitul Makmur 2 di sini, hari ini.

Fatimah berkata, penjejakan semula ibu kepada bayi berkenaan adalah inisiatif JKM sendiri untuk mengumpul dan mendapat maklumat demi membantu bayi terbabit mendapat status kewarganegaraan.

Katanya, menjadi tanggungjawab JKM untuk memohon status kewarganegaraan untuk bayi berkenaan kerana bayi tersebut berada di bawah jagaan JKM walaupun proses terbabit mengambil masa.

“Sekiranya terdapat orang yang berminat untuk mengambil anak angkat, maka beban untuk mendapatkan status kewarganegaraan tersebut akan jatuh kepada ibu bapa angkat dan proses ini memakan masa bertahun-tahun.

“Penjejakan semula ibu muda berkenaan itu adalah inisiatif saya sendiri kerana mahu membantu ibu berkenaan mendapatkan status kewarganegaraan.Ibu tersebut ada menghubungi saya dan meminta bantuan namun kerahsiaan itu kita masih pelihara, sama macam objektif sebenar baby hatch,” katanya.

Terdahulu, tular di laman sosial media berhubung, Jawatankuasa Pusat Sehenti Remaja Hamil (OSTPC) sedang mengesan ibu kandung kepada seorang bayi perempuan yang diletakkan dalam pusat perlindungan bayi atau ‘baby hatch’ di Borneo Medical Centre Kuching (BMC) di sini pada 24 Mac lalu.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan