Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lembaga Tabung Haji mengumumkan agihan keuntungan tahun kewangan 2023 pada kadar 3.1 peratus. Foto Tabung Haji (FB).

Tabung Haji umum agihan keuntungan 3.10 peratus

ByAmirah Shawel

KUALA LUMPUR, 2 April: Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengumumkan agihan keuntungan 3.10 peratus selepas zakat bagi tahun kewangan 2023, sama seperti tahun lepas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata jumlah keseluruhan agihan keuntungan berkenaan melibatkan RM2.72 bilion yang akan memberi manfaat kepada lebih 9.15 juta pendeposit TH.

“Tabung Haji masih lagi dapat memberikan agihan keuntungan pada kadar 3.10 peratus, sama seperti tahun sebelumnya meskipun negara terus berdepan persekitaran yang mencabar tatkala ekonomi berkembang perlahan serata dunia,” katanya semasa sidang media di sini, hari ini.

Jumlah terkumpul agihan keuntungan sejak penubuhan TH selama 60 tahun adalah sebanyak RM42.88 bilion sehingga kini.

Mohd Na’im berkata TH juga akan melunaskan zakat RM101 juta kepada Majlis-majlis Agama Islam Negeri-negeri bagi pihak pendeposit pada kadar 2.57 peratus untuk tahun 2023.

Dengan pembayaran zakat itu, pendeposit tidak perlu membayar zakat ke atas wang simpanan serta dividen yang diterima.

Beliau berkata para pendeposit boleh menyemak agihan keuntungan yang dikreditkan ke akaun masing-masing, bermula pukul 12 tengah hari.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan