MIRI, 2 April: Pustaka Negeri Sarawak Miri bekerjasama dengan Pejabat Pendidikan Daerah Miri dan Masjid Darul Ehsan Piasau Jaya menganjurkan program ‘World Quran Hour’ dengan tema ‘Dunia Berbudi dan Penyayang’.
Menurut Pegawai Pengurusan Korporat Pustaka Miri, Shirley Szebah Mambai, program ini akan berlangsung di Masjid Piasau Jaya pada 9 pagi, 4 April 2024.
“Objektif penganjuran program ini adalah untuk menarik lebih ramai orang membaca, memahami dan mengamalkan pengajaran al-Quran.
“Bacaan surah pada tahun ini adalah Surah Al-Jumu’ah, iaitu surah ke-62 dalam al-Quran yang terdiri daripada 11 ayat,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.
Pelbagai aktiviti akan dijalankan termasuk pertandingan dan bengkel untuk orang awam sebelum hari kemuncak World Quran Hour.
Mereka yang berminat untuk menyertai World Quran Hour digalakkan untuk mendaftar dengan mengimbas Kod QR seperti yang tertera di poster atau klik pautan ini: https://forms.gle/P6NSDbLsNa86VrB16.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Pustaka Miri di talian 085-422 525. – TVS