Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kedai serbaneka KK Mart di Jalan Satok, Kuching yang dilontar bom petrol pada malam Ahad. Foto TVS

Fazzrudin kutuk pelaku insiden molotov cocktail di KK Mart Satok

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 2 April: Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Fazzrudin Abdul Rahman mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan yang dilakukan oleh pelaku insiden molotov cocktail di KK Mart Jalan Satok, di sini, baru-baru ini.

Beliau berkata, perkara itu bukan sahaja melanggar undang-undang tetapi ia juga adalah satu tindakan keganasan yang tidak boleh dibiarkan sama sekali.

Kedai KK Mart di Satok kena baling bom petrol

“Saya menggesa orang ramai supaya bertenang dan saya yakin pihak polis sedang meneruskan kes ini dan membawa pelaku ke muka pengadilan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada masa yang sama, Fazzrudin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong berkata, orang ramai dinasihati supaya mengelak spekulasi dan menyerahkan perkara tersebut kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan terhadap kejadian itu.

Tambah beliau, masyarakat juga diingatkan agar tidak melangkaui undang-undang dengan mengambil tindakan sendiri dan sentiasa menghormati kedaulatan undang-undang di negara ini.

Untuk rekod, kejadian di Sarawak ini merupakan insiden ketiga membabitkan KK Mart selepas tercetus kontroversi jualan stoking tertera kalimah Allah.

Pada 26 Mac lalu, sebuah cawangan kedai serbaneka itu di Bidor, Perak dibaling dengan bom petrol kira-kira jam lima pagi manakala kejadian kedua berlaku pada 30 Mac lalu, di KK Super Mart Sungai Isap, Kuantan Pahang, pada jam 5.40 pagi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan