Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Datuk Seri Fadillah Yusof ketika menghadiri mesyuarat Majlis Tenaga Negara di Putrajaya, hari ini. Foto Pejabat Premier Sarawak

Abang Johari hadir mesyuarat Majlis Tenaga Negara dipengerusikan Anwar

KUCHING, 2 April: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini menghadiri mesyuarat Majlis Tenaga Negara yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

Pejabat Premier Sarawak memaklumkan mesyuarat itu membincangkan mengenai langkah-langkah yang diambil melalui Dasar Tenaga Negara (DTN) 2022-2040 bagi mengorak langkah ke hadapan dengan strategik serta menggariskan keutamaan bagi sektor tenaga untuk tahun yang mendatang bagi mencapai aspirasi rendah karbon negara.

“DTN akan meletakkan sektor tenaga sebagai pemangkin dalam pembangunan sosioekonomi berasaskan peralihan tenaga sejajar dengan situasi dunia yang terus mengorak langkah ke arah pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050,” kata kenyataan itu.

Mesyuarat yang berlangsung selama dua jam setengah itu turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Datuk Seri Fadillah Yusof, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohammad Abu Bakar Marzuki dan Setiausaha Tetap Kementerian Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak Abang Ahmad Abang Morni. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan