Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Awang Tengah dan Hasbi bergambar pada Penyampaian Sumbangan Hari Raya kepada Pegawai-Pegawai Masjid dan Surau, Ibu Tunggal, Orang Kelainan Upaya (OKU) dan Anak-Anak Yatim di Limbang hari ini. Foto TVS

Pengecualian cukai perkhidmatan diperluas sektor perkapalan

LIMBANG, 1 April: Kerajaan setuju melaksanakan pengecualian daripada membayar cukai perkhidmatan ke atas caj perkhidmatan penghantaran laut (ocean freight) bagi semua barang yang dihantar menggunakan mod pengangkutan berkenaan.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata, pengecualian itu bagaimanapun terhad kepada perjalanan destinasi dari Semenanjung Malaysia ke Sabah, Sarawak, dan Labuan, perjalanan dari Sabah, Sarawak dan Labuan ke Semenanjung Malaysia serta perjalanan di antara Sabah, Sarawak, dan Labuan.

“Jemaah menteri telahpun membuat keputusan dan meluluskan iaitu pengecualian untuk perkapalan untuk logistik kita, iaitu pengecualian daripada membayar cukai perkhidmatan ke atas caj perkhidmatan penghantaran laut iaitu ocean freight bagi semua barang yang dihantar menggunakan mod pengangkutan laut.

“Ia terhad kepada perjalanan destinasi iaitu dari Semenanjung Malaysia ke Sabah, Sarawak dan Labuan, perjalanan dari Sabah, Sarawak, Labuan ke Semenanjung Malaysia dan daripada perjalanan di antara Sabah, Sarawak, dan Labuan,” katanya.

Hasbi menjelaskan perkara itu kepada media selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya kepada Pegawai-Pegawai Masjid dan Surau, Ibu Tunggal, Orang Kelainan Upaya (OKU) dan Anak-Anak Yatim anjuran Lembaga Amanah Kebajikan Islam Limbang (LAKIL) di Masjid Janatul Firdaus Bahagian Limbang hari ini.

Turut hadir ialah Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi, dan Pembangunan Wilayah, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail.

Hasbi yang juga Ahli Parlimen Limbang berkata, pengecualian daripada membayar cukai perkhidmatan ke atas caj perkhidmatan penghantaran laut itu merupakan satu berita baik untuk sektor perkapalan di Sabah dan Sarawak. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan