Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
KPM bercadang meningkatkan bilangan sekolah model khas bagi mengatasi masalah keciciran murid di pedalaman. Foto fail Bernama.

Dewan Negara: Sekolah model khas diperluas di Limbang dan Baram

ByDouglas Elliot

KUALA LUMPUR, 1 April: Kementerian Pendidikan (KPM) bercadang untuk meningkatkan bilangan Sekolah Model Khas Komprehensif 9 (K9) dan Sekolah Model Khas Komprehensif 11 (K11) pada tahun ini bagi mengatasi masalah keciciran murid di pedalaman.

Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh berkata, perancangan itu melibatkan tiga sekolah K9 di Terengganu dan satu di Sarawak.

“Di Terengganu sekolah K9 membabitkan Sekolah Kebangsaan (SK) Keruak, SK Merang dan SK Pulau Redang manakala di Sarawak melibat SK Nanga Merit di Limbang,” katanya di Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Senator Abun Sui Anyit yang ingin tahu tindakan KPM bagi mengatasi isu keciciran murid melibatkan golongan Penan di Belaga.

Tambah Kah Woh, perkara itu akan diberi penelitian sewajarnya oleh KPM sekiranya wujud permintaan dan keperluan.

Sementara itu beliau menjelaskan, sekolah K11 pula akan melibatkan dua sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Betau, di Pahang dan SMK Long Bedian di Baram, Sarawak.

Kah Woh turut menjelaskan sekolah K9 merujuk kepada sembilan tahun persekolahan di sekolah rendah dan menengah rendah, iaitu dari Darjah 1 hingga Tingkatan 3 manakala K11 merangkumi akses Pendidikan menyeluruh dari Darjah 1 hingga Tingkatan 5.

Dalam pada itu, Wong memberitahu statistik keciciran sekolah rendah dan menengah juga menunjukkan trend penurunan.

“Data menunjukkan kadar keciciran di sekolah rendah menurun daripada 0.15 peratus pada 2018 kepada 0.06 peratus pada tahun lepas.

“Pada peringkat menengah pula, kadar keciciran menurun daripada 1.21 peratus pada 2018 kepada 0.83 peratus pada 2023,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan