KUCHING, 1 April: Penaung Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Sri Satok, Puan Sri Datuk Amar Hajah Juma’ani Tun Tuanku Haji Bujang meraikan kanak-kanak istimewa PPDK Sri Satok bagi persiapan menjelang Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba bertempat di Mydin Petra Jaya pagi tadi.
Seramai 40 orang penerima golongan istimewa dalam lingkungan umur empat tahun hingga 41 tahun datang bersama penjaga masing-masing menerima bantuan keperluan Hari Raya kali ini.
PPDK Sri Satok berperanan memberikan pemulihan kepada kanak-kanak OKU seperti terapi pertuturan, terapi cara kerja, pengurusan kemahiran supaya mereka dapat berdikari di luar bersama masyarakat.
Datuk Amar Juma’ani turut beramah mesra menemani kanak-kanak istimewa membeli pakaian bagi keperluan Hari Raya.
Turut hadir mengiringi Datuk Amar Juma’ani adalah Pengerusi PPDK Sri Satok, Dato Dr Munirah Mohamad Hassan. -TVS