Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika ditemui pada Majlis Rona Warni Aidilfitri X-Travaganza di Juma'Ani Pavilion, Kuching, hari ini. Foto Hafeezzur Muzamir (TVS)

Sarawak tidak dimaklum cadangan projek Kereta Api Rentas Borneo oleh syarikat di Brunei

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 31 Mac: Kerajaan Sarawak tidak dimaklumkan secara rasmi berhubung cadangan pelaksanaan projek Kereta Api Rentas Borneo yang menghubungkan Sarawak, Sabah, Brunei dan Kalimatan di Indonesia yang diketengahkan oleh sebuah syarikat swasta berpangkalan di Brunei yang tular sejak beberapa hari lepas.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg sebaliknya berkata beliau cuma maklum tentang cadangan projek pembinaan kereta api Borneo yang kini dalam fasa kajian oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU).

Syarikat di Brunei umum cadangan projek kereta api berkelajuan tinggi rentas Borneo

“Saya tidak tahu mengenainya, saya baru terbaca kenyataan oleh Brunergy Utama Sdn Bhd. Sebenarnya EPU kini sedang dalam fasa membuat kajian.

“Cadangan syarikat swasta itu tiada kena mengena dengan kerajaan negeri kerana kalau kita mahu laksanakannya, ia memerlukan persetujuan antara Malaysia, Indonesia dan Brunei. Kenyataan itu saya tidak tahu dan ia tiada kena mengena dengan kerajaan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rona Warni Aidilfitri X-Travaganza di Juma’Ani Pavilion di sini, hari ini.

Baru-baru ini, Brunergy Utama Sdn Bhd di laman sesawang rasminya memberitahu, projek itu kelak akan dibina dalam dua fasa, melibatkan laluan sepanjang 1,620 kilometer.

Syarikat itu berkata, fasa pertama pembinaan akan menghubungkan kuasa ekonomi di bandar-bandar pantai barat ke timur bermula di Pontianak, Kalimantan Barat dan berakhir di Kota Kinabalu, Sabah.

Manakala fasa kedua pula melibatkan wilayah Kalimantan Utara dan Timur untuk menghubungkan laluan utama dengan bandar terbesar Borneo, Samarinda dan kemudiannya ibu negara Indonesia yang baharu iaitu Nusantara. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan