Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan Polis Marin Wilayah 5 Miri merampas minuman keras dan rokok pelbagai jenis tanpa cukai yang bernilai RM142,506.25 di Miri, semalam. Foto IPD Miri

Polis Marin rampas minuman keras, rokok tanpa cukai

MIRI, 31 Mac: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 5 Miri merampas minuman keras dan rokok pelbagai jenis tanpa cukai yang bernilai RM142,506.25 di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Alexson Naga Chabu berkata rampasan itu dilakukan sepasukan empat anggota Unit Risikan Marin PPM Wilayah 5 Miri.

Semasa Operasi Taring Kontraban di tepi Jalan Limbang Utara Taman Tunku Miri pada 11 pagi, polis menahan dan memeriksa sebuah kenderaan pikap semasa operasi tersebut dijalankan.

“Hasil pemeriksaan mendapati pelbagai jenis rokok dan minuman keras tidak bercukai ditemui di belakang kenderaan tersebut,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Orang yang disyaki gagal mengemukakan sebarang dokumen yang sah daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Kesemua barang rampasan dan tangkapan diserahkan kepada  Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Miri untuk siasatan dan tindakan selanjutnya.

Kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan