Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Fadillah Yusof pada Majlis Penyampaian Sumbangan Duit Raya anjuran Lembaga Amanah Kebajikan Muslim Kampung Gita Matang, Kuching, hari ini. Foto TVS

Pendidikan, kesihatan topik utama Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal MA63

KUCHING, 31 Mac: Hal ehwal berkaitan pendidikan dan kesihatan yang diperjuangkan Sarawak dan Sabah akan menjadi antara fokus utama Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Perjanjian Malaysia 1963 (MJTMA63) pada April depan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, perbincangan peringkat pegawai mengenai dua perkara itu telah selesai di peringkat Sarawak, manakala di Sabah masih di peringkat perbincangan.

“Timbalan Ketua Menteri Sabah sudah pun berjumpa dengan saya untuk meminta apakah yang telah dipersetujui antara Sarawak dengan Persekutuan.

“Perkara ini berkemungkinan mereka hendak mengambil contoh apakah yang telah dipersetujui oleh Sarawak untuk mereka muktamadkan perbincangan di peringkat pegawai,” katanya.

Beliau ditemui selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Duit Raya anjuran Lembaga Amanah Kebajikan Muslim Kampung Gita Matang di sini, hari ini.

Fadillah berkata, mesyuarat jawatankuasa teknikal berkenaan juga akan membincangkan dan memuktamadkan kaedah pembiayaan dan pelaksanaan baharu projek-projek Persekutuan seperti yang dipersetujui.

Antara kaedah itu termasuk pembiayaan awal oleh kerajaan negeri terhadap projek membabitkan pembinaan semula serta penambahbaikan sekolah-sekolah daif dan kuaters-kuaters kediaman kakitangan Kementerian Kesihatan.

Katanya, turut dibincangkan kaedah baharu yang dipersetujui secara prinsip ketika lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam (30 Mac) dalam pelaksanaan pembinaan Pusat Kanser Sarawak yang menggunakan konsep kerajaan negeri biayai dahulu.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan