Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang pemandu kereta meninggal dunia apabila kenderaan dipandunya melanggar belakang jengkaut dalam kemalangan di Jalan Nanga Tutus dekat Sibu, malam tadi. Foto Bomba dan Penyelamat

Pemandu kereta maut, langgar belakang jengkaut

BySaibi Gi

SIBU, 31 Mac: Seorang pemandu kereta meninggal dunia apabila kenderaan dipandunya melanggar belakang jengkaut yang diparkir di Kilometer 30, Jalan Nanga Tutus dekat sini, malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata, lelaki berumur 58 tahun itu disahkan meninggal dunia di tempat kemalangan oleh pasukan perubatan dari Hospital Sibu.

Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungei Merah digerakkan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada 9.27 malam.

“Anggota bomba dan penyelamat mengeluarkan mangsa menggunakan ‘Scoop Stretcher’ memandangkan mangsa tidak tersepit,” katanya menerusi kenyataan.

Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan