Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kelantan Darul Naim FC (KDNFC) mendapatkan khidmat pemain pertahanan tengah Republik Czech, Michal Jerabek bagi memperkuatkan pasukan menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini. Foto KDNFC (FB)

Pemain pertahanan Republik Czech sertai KDNFC

ByBernama

KOTA BHARU, 31 Mac: Kelantan Darul Naim FC (KDNFC) mendapatkan khidmat pemain pertahanan tengah Republik Czech, Michal Jerabek bagi memperkuatkan pasukan menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.

Presiden KDNFC, Rozi Muhamad berkata, pihaknya telah sah menandatangani kontrak bersama pemain itu untuk semusim pada hari ini.

Beliau berkata, sebelum ini Jerabek beraksi di kelab Liga 1 Slovakia, MFK Zemplin Michalovce dan gaya bermain bertahannya menarik minat barisan kejurulatihan KDNFC.

“Jerabek mempunyai banyak kualiti teknikal yang akan membantu memperkuatkan barisan pertahanan pasukan daripada serangan lawan.

“Pemain berusia 30 tahun itu merupakan pemain import keenam dibawa masuk KDNFC musim ini, lima lagi pemain adalah Oday Kharoub dari Palestin dan empat pemain dari Korea Selatan iaitu Ri-Gwan Kim, Ahoe Koo, Bae Kyeong Hwan dan Jung Byung Ju,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Rozi berkata, pemilihan Jerabek berdasarkan beberapa faktor termasuk nasihat daripada jurulatih dan keperluan pasukan di posisi pertahanan.

“Kami gembira dia memilih untuk bersama KDNFC seterusnya memperluas kariernya di negeri ini dalam Liga-M. Gaya permainan dan karakter Jerabek sangat sesuai untuk skuad musim ini dan kami percaya dia akan membantu pasukan menjadi bertambah kuat,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya meletakkan kepercayaan terhadap Jerabek meskipun kali pertama bermain untuk liga di ASEAN.

“Keinginan dia untuk berjaya bersama KDNFC membuatkan kami juga sangat teruja. Kami akan berusaha untuk meningkatkan tahap prestasi serta kualiti KDNFC pada musim ini serta pada musim yang akan datang.

“Pemain ini mempunyai pengalaman luas kerana selain beraksi di Slovakia, dia pernah bermain di Kazakhstan dan mewakili skuad bawah 21 tahun kebangsaan Republik Czech,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan